Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, kedua-dua PPS itu berada di daerah Segamat.

"PPS yang masih dibuka ialah Balairaya Gemereh IV, Batu Badak dan Pusat Aktiviti Belia, Kampung Tekam.

"Satu lagi PPS di Segamat iaitu Balairaya Kampung Pogoh Tengah telah ditutup pagi tadi setelah keadaan banjir pulih," katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan, di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE