Setakat pukul 9 pagi tadi, seramai 3,482 orang daripada 914 keluarga masih ditempatkan di 25 buah pusat pemindahan di Seberang Perai Utara (SPU) dan Seberang Perai Tengah (SPT).

Jurucakap agensi penyelamat berkata, jumlah itu berkurangan berbanding 5,729 mangsa daripada 1,445 keluarga yang berada di pusat-pusat pemindahan sehingga tengah malam tadi.

“Daripada jumlah itu, seramai 2,588 mangsa masih lagi berada di pusat pemindahan SPU manakala 894 mangsa di SPT.

“Bagaimanapun, kita menjangkakan lebih ramai mangsa akan pulang ke rumah masing-masing hari ini berikutan air semakin surut,” katanya. - UTUSAN ONLINE