Dalam masa sama, mangsa banjir di dua jajahan iaitu Tanah Merah dan Gua Musang sudah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing dengan PPS ditutup secara berperingkat-peringkat.

Setakat pukul 6 petang ini, Pasir Mas khususnya Rantau Panjang menunjukkan penurunan ketara kepada 6,145 orang daripada 2,770 keluarga di 21 PPS.

Selain itu di Tumpat, jumlah mangsa dilihat tidak berubah dengan 3,573 orang membabitkan 1,266 keluarga di lapan PPS.

Di jajahan lain, jumlah mangsa banjir terus berkurangan dengan Kota Bharu mencatatkan 37 mang­sa dan Pasir Puteh (24 orang) yang ditempatkan di dua PPS.

Dalam pada itu, paras air di beberapa lokasi di Sungai Kelantan khususnya Sungai Galas, Sungai Lebir dan Tangga Krai masih berada pada tahap berjaga-jaga.

Paras air di Sungai Golok di Rantau Panjang pula masih me­lebihi tahap bahaya iaitu 10.20 meter.

Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia di beberapa kawasan mendapati kebanyakan mangsa mengambil kesempatan cuaca baik sepanjang hari untuk membersihkan kediaman masing-masing.