Pengarahnya, Izmi Ismail berkata, sekolah tersebut akan dibersihkan oleh ibu bapa dan guru-guru yang akan menjalankan kerja-kerja secara gotong-royong.

Pada masa sama, beliau berkata, pelajar-pelajar di sekolah lain diberi kelonggaran untuk tidak memakai pakaian seragam.

“Hanya sebuah sekolah (SRK Seri Indera) ditutup kerana faktor keselamatan (licin) disebabkan dimasuki air manakala sekolah-sekolah lain dibuka seperti biasa.

“Bagi pelajar yang tidak mempunyai pakaian seragam disebabkan basah kerana banjir, mereka dibenar memakai pakaian biasa,” katanya ketika ditemui bagi meninjau keadaan di sekolah itu di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE