Sehingga pukul 4 petang ini, sebanyak 117 mangsa daripada 30 keluarga masih ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Tehel dan Balai Raya Seri Mendapat di daerah Jasin.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka, Leftenan Kolonel Effendy Ali berkata, di daerah Alor Gajah, pusat pemindahan sementara di Balai Raya Kampung Seri Jeram ditutup mulai pukul 2 petang ini berikutan paras air yang makin surut.

"Sebanyak 107 mangsa daripada 27 keluarga ditempatkan di SK Tehel manakala 10 mangsa lagi ditempatkan di Balai Raya Seri Mendapat," katanya dalam satu kenyataan di sini petang ini. - UTUSAN ONLINE