Pegawai Daerah SPS, Mohd. Ali Sebran berkata, penutupan berkenaan membolehkan 92 mangsa yang ditempatkan di situ pulang ke rumah masing-masing.

Katanya, jumlah mangsa itu membabitkan 25 keluarga dari Kampung Sethu; Kampung Sungai Duri; Kampung Sungai Baong dan Kampung Kovil yang terjejas selepas rumah mereka dinaiki air setinggi hampir meter ekoran hujan lebat lebih lima jam petang kelmarin. - UTUSAN ONLINE