Seorang penduduk, Supiah Che Will, 50, berkata, ini merupakan banjir pertama yang berlaku diluar musim tengkujuh sejak dia menetap di kampung berkenaan.

Menurutnya, walaupun paras air mulai surut namun mereka tetap bimbang kerana faktor cuaca yang tidak menentu ketika ini.

“Saya cukup bimbang, jika berlaku hujan lebat tidak mustahil kampung ini akan ditenggelami banjir,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Difahamkan, banjir tersebut berpunca dari pembukaan pintu air di Kampung Batu Hampar yang menyebabkan berlaku limpahan air kedalam Tasik Danau Tok Uban di Chetok.

Limpahan air itu menyebabkan beberapa kawasan rendah di Kampung Banggol Nyor di tenggelami air. - UTUSAN ONLINE