Kesemua kenderaan itu diletakkan di lereng bukit dengan ada yang ditimpa pokok tumbang dan batu yang disebabkan tanah runtuh berkenaan.

Bagaimanapun, setakat ini, tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku ekoran kejadian tersebut.

Dalam pada itu, keadaan banjir kilat di negeri ini semakin buruk ketika ini dengan beberapa kawasan terutama di bahagian pulau dilaporkan lumpuh akibat ditenggelami air.

Antaranya di sekitar Jalan Masjid Negeri dan Sungai Pinang selain di Tanjung Tokong, Air Itam dan Teluk Bahang. - UTUSAN ONLINE