Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, air sungai melimpah ke Jalan B27 kerana paras air Sungai Kundang dan Sungai Gong yang tinggi.

Menurutnya, hujan lebat sejak pukul 3.50 petang menyebabkan air naik pada ketinggian 0.3 meter hingga 0.6 meter dan status paras air di Sungai Gong adalah pada 3.5 meter.

"Kolam takungan sementara banjir yang dalam pembinaan di kawasan berhampiran juga terpaksa ditutup bagi mengelakkan berlaku kerosakan pada tiang kabel Tenaga Nasional Berhad," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE