Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri dalam satu kenyataan memberitahu, kawasan yang terjejas melibatkan kawasan Kampung Hajah Hasnah dan Kampung Mohd. Amin, di sini.

"Pusat pemindahan sementara yang dibuka adalah di Sekolah Kebangsaan Nong Chik dan Balai Raya Jalan Kemboja.

"Hujan lebat semalam turut mengakibatkan tanah runtuh di Rumah Sri Kenangan sehingga memaksa 168 penghuni dipindahkan ke blok lain di kawasan tersebut," demikian menurut kenyataan itu.

Operasi turut melibatkan beberapa agensi kerajaan lain antaranya bomba, polis dan Majlis Bandaraya Johor Bahru. - UTUSAN ONLINE