Kawasan berkenaan melibatkan Kampung Hajah Hasnah, Kampung Bendahara, Jalan Kijang, Kampung Mohd Amin, Kampung Sri Paya Larkin dan Jalan Hujung di Kampung Melayu Majidee.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan Sekretariat Jawatankuasa Pemantauan Banjir Daerah Johor Bahru, seramai 53 mangsa melibatkan 12 keluarga dari Kampung Mohd Amin ditempatkan di pusat pemindahan sementara di Sekolah Kebangsaan (SK) Nong Chik yang dibuka pukul 6.40 petang semalam.

Sementara 22 mangsa daripada empat keluarga kampung tersebut tidak menduduki pusat pemindahan sementara tersebut.

"Seramai 25 keluarga daripada lima keluarga di Kampung Hajah Hasanah ditempatkan di Balai Raya Kampung Dato Sulaiman Menteri yang dibuka pukul 8 malam tadi," demikian menurut kenyataan tersebut yang dikeluarkan malam tadi. - UTUSAN ONLINE