Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, kawasan yang terjejas adalah Jalan Skudai berhampiran Skudai Parade, Kampung Maju Jaya, Kampung Laut Skudai, Kampung Paya Kenangan dan Kampung Kangkar Tebrau.

Bagaimanapun, katanya, satu pusat pemindahan sementara dibuka di Dewan Serbaguna Blok 18 yang menempatkan seorang lelaki dewasa, seorang wanita dewasa dan lima kanak-kanak berikutan banjir kilat di Kampung Paya Kenangan, Kangkar Tebrau. - UTUSAN ONLINE