Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Lt. Kol (PA) Che Adam Abdul Rahman memberitahu, kesemua pusat pemindahan telah ditutup, dan keluarga terakhir yang pulang ialah dari pusat pemindahan di Pasir Putih Marang, menjelang tengah hari tadi.

Namun Bilik Gerakan Bencana Negeri masih beroperasi, dan diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga apabila hujan lebat kembali berterusan di beberapa kawasan petang ini.

 Hujan lebat juga diramalkan tempoh Khamis (7 Disember) sehingga Ahad (10 Disember) yang boleh mencetuskan gelombang kedua banjir ekoran fenomena air pasang besar yang dijangka berlaku di beberapa negeri.

Semalam Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim ketika meninjau  keadaan mangsa dan pengurusan banjir di sini, memberitahu Agensi Pengurusan  Bencana 

Negara (Nadma) diletakkan dalam keadaan bersiap sedia bagi menghadapi kemungkinan 

itu. - UTUSAN ONLINE