Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, PPS yang masih beroperasi adalah di Sekolah Kebangsaan (SK) Balai Badang manakala PPS di Balairaya Kampung Mensudut Lama ditutup pukul 4 petang ini.

“Bacaan paras air Sungai Muar Buloh Kasap terus meningkat dengan terkini setinggi 8.79 meter berbanding 8.74 meter sebelum ini manakala paras air Sungai Palong mulai surut.

“Keadaan banjir di Kampung Mensudut Lama sudah pulih sepenuhnya serta kerja-kerja pembersihan kediaman rumah sedang dilakukan oleh penduduk dan cuaca adalah cerah,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE