Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu, Leftenan Kol. Che Adam A. Rahman berkata, Kuala Nerus mencatatkan seramai 824 mangsa melibatkan 188 keluarga dan mereka ditempatkan di empat pusat pemindahan di daerah berkenaan..

Beliau memberitahu, begitu juga dengan 400 mangsa daripada 118 keluarga di daerah Marang yang masih berada di empat pusat pemindahan di daerah itu.

Jelasnya, daerah Dungun pula mencatatkan jumlah mangsa seramai 45 orang daripada 11 keluarga mankala daerah Setiu dan Kuala Terengganu masing-masing 32 mangsa. - UTUSAN ONLINE