Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri, Zainal Yusoff berkata, Balai Raya Kuala Semantan yang menempatkan 26 mangsa daripada tujuh keluarga menjadi pusat pemindahan sementara terakhir ditutup kira-kira pukul 7.30 pagi ini.

“Mangsa dibenarkan pulang pagi ini setelah kawasan kawasan rumah mereka didapati selamat,” katanya di sini hari ini.

Ahad lalu, seramai 59 penduduk dari tiga buah kampung di Raub dilaporkan menjadi kumpulan pertama dipindahkan di negeri ini setelah kediaman mereka dinaiki air ekoran cuaca tidak menentu.

Kesemua mangsa daripada 17 buah keluarga itu dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara secara berperingkat.

Mangsa yang dipindahkan adalah dari Kampung Melayu Cheroh, Kampung Ulu Sungai dan Kampung Kuala Semantan. - UTUSAN ONLINE