Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, dua kampung terjejas adalah Kampung Sungai Buntu dan Kampung Kebun Baru Sungai Durian.

"Enam buah rumah yang terlibat adalah dari Kampung Kebun Baru Sungai Durian manakala satu lagi rumah di Kampung Sungai Buntu.

"Hujan lebat dan air pasang besar setinggi 3.4 meter menyebabkan banjir kilat di kawasan yang rendah disebabkan saliran tidak dapat menampung jumlah air yang banyak. Pemantauan sedang dijalankan dari semasa ke semasa," katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE