Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, pada masa ini hanya tiga PPS di Segamat yang masih beroperasi.

“Tiga PPS itu adalah di Balairaya Gemereh IV, Batu Badak, Balairaya Kampung Pogoh Tengah dan Pusat Aktiviti Belia, Kampung Tekam,” katanya dalam satu kenyataan, di sini sebentar tadi.

Menurutnya, pemantauan secara berterusan akan terus dilakukan agensi terlibat bagi memastikan kesejahteraan masyarakat. - UTUSAN ONLINE