Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, kesemua mangsa di Segamat masih ditempatkan di Balai Raya Kampung Mensudut Lama.


Katanya, pemantauan banjir dilakukan berterusan melibatkan pelbagai agensi, antaranya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Jabatan Pengairan dan Saliran. - UTUSAN ONLINE