Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Banjir di Bandar Baharu pulih

PENDUDUK BAHARU BANJIR 2
PENDUDUK Kampung Sungai Tepus di Bandar Baharu hari ini bergotong-royong dengan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia membersihkan rumah yang dipenuhi lumpur akibat banjir.-UTUSAN

ALOR SETAR 5 Sept. - Banjir di Kampung Sungai Tepus di Bandar Baharu pulih apabila 66 mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan Sg. Kechil Ulu dibenarkan pulang secara berperingkat sejak pukul 1 petang tadi.


Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Kulim/ Bandar Baharu, Leftenan Mohd. Fadhil Fahmi Zaini berkata, semua mangsa dibenarkan pulang oleh pihak Pegawai Daerah Bandar Baharu sebagai pengerusi bencana peringkat daerah setelah mendapat maklumat daripada pemantauan yang dijalankan oleh pihak yang bertanggungjawab. 


“Banjir pulih setelah cuaca yang baik sejak awal pagi tadi. 


“Pihak kami bagaimanapun akan terus melakukan pemantauan,” katanya di sini hari ini.


Tambahnya, dalam usaha meringankan beban mangsa sebanyak 30 anggota daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan agensi lain bergotong-rotong membersihkan rumah penduduk terlibat dengan banjir sejak kelmarin itu.


Pusat pemindahan tersebut dibuka sejak malam kelmarin setelah rumah 17 keluarga terdiri daripada 66 mangsa dinaiki air apabila hujan lebat berterusan selama lebih empat jam.


Banjir turut menjejaskan 100 penduduk lain di kampung berkenaan.-UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain