Pengerusinya, Prof. Datuk Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, calon terbabit diminta pergi ke pusat peperiksaan terdekat dan melaporkan diri ke Ketua Pengawas di sana jika sukar ke pusat peperiksaan yang telah ditetapkan.

“Mereka juga boleh menghubungi bilik gerakan yang beroperasi dari pukul 7 pagi hingga 5 petang di talian 03-61261668 atau 03-61261600 (Am) / 03-61261650 / 03-61261651 / 03-61261653 / 03-61261661 / 03-61261662 untuk memaklumkan situasi yang mereka hadapi akibat bencana alam itu jika gagal ke pusat-pusat peperiksaan terdekat.

“Calon juga dinasihatkan sentiasa menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing untuk mengetahui status semasa di negeri masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE