Bagaimanapun, kesemua tiga pelajar lelaki dan empat pelajar perempuan dari sekolah menangah di Kluang itu berjaya dibawa keluar menggunakan lori oleh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kluang kira-kira pukul 8 pagi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kluang, Akob Sidek berkata, pihaknya menerima panggilan daripada Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kluang kira-kira pukul 6.30 pagi sebelum tiba di ladang berkenaan pukul 7.20 pagi.

“Jalan tanah merah di ladang berkenaan dinaiki air paras pinggang berikutan hujan lebat malam tadi dan tidak boleh dilalui oleh kenderaan ringan.

“Kita berjaya membawa keluar dan menghantar kesemua pelajar berkenaan ke sekolah mereka untuk menduduki peperiksaan SPM pagi ini,” katanya. - UTUSAN ONLINE