Menurut Komander Operasi Kanan, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) negeri, Anisah Roslan, mangsa berkenaan melibatkan 16 lelaki dewasa, 22 wanita dewasa serta 20 kanak-kanak.

"Selain itu terdapat empat orang warga emas dan seorang bayi juga masih berada di pusat pemindahan banjir," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ujar beliau, sehingga pukul 5 petang tadi juga, Kampung Sethu paling teruk terjejas dengan paras air mencecah satu meter.

Beliau memberitahu, antara kawasan lain yang terjejas termasuk Kampung Sungai Duri; Kampung Sungai Baong; Kampung Sungai Bakap; Kampung Kovil dan Taman Desa Jawi. – UTUSAN ONLINE