Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) negeri, sehingga pukul 8 pagi tadi, daerah Seberang Perai Selatan (SPS) paling teruk terjejas apabila 175 mangsa dipindahkan.


Menurut JBP negeri, seramai 31 mangsa pula dipindahkan di Seberang Perai Tengah (SPT) selain 12 orang di Seberang Perai Utara (SPU).


“Sementara itu, di bahagian pulau pula, daerah Barat Daya paling teruk terjejas apabila 172 mangsa ditempatkan di pusat pemindahan iaitu 150 orang di Teluk Kumbar dan 22 orang di Jalan Baru Balik Pulau,” kata kenyataan berkenaan.


Pada masa JBP negeri memaklumkan 14 mangsa banjir turut berada di pusat pemindahan di Timur Laut iaitu di Sekolah Menengah Heng Ee. - UTUSAN ONLINE