Sebanyak tiga pusat pemindahan dibuka masing-masing dua di Kuala Krau iaitu di Surau Kampung Penderas dan Dewan Orang Ramai Kampung Pasu manakala satu di Temerloh (Surau Sok Mik) di sini hari ini.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri, Zainal Yusoff berkata, setakat ini operasi termasuk memindahkan dan memberi bantuan awal kepada mangsa terlibat telah dilakukan.

"Semua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara.

"Tindakan untuk pemeriksaan kesihatan dan memindahkan mangsa yang sakit serta mengandung sedang dijalankan," katanya ketika dihubungi disini hari ini. - UTUSAN ONLINE