Menurut jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), jumlah mangsa paling ramai ialah di Dewan Serbaguna Jawi, Nibong Tebal dengan seramai 167 mangsa daripada 41 keluarga ditempatkan di situ sehingga pukul 11.30 pagi tadi.


Sementara itu, seramai 71 orang masih berada di pusat pemindahan di Balik Pulau serta 31 mangsa di daerah Seberang Perai Tengah (SPT). - UTUSAN ONLINE.