Seramai 46 mangsa daripada 13 keluarga di mukim Bukit Pinang ditempatkan di pusat pemindahan Maahad Darul Hasyimie dan Surau As Syakirin manakala SK Haji Abu Bakar di mukim Lepai menempatkan 14 keluarga terdiri daripada 40 orang mangsa dan bagi mukim Titi Gajah, seramai 67 mangsa daripada 23 keluarga di tempatkan di SK Titi Gajah.

Jumlah itu berkurangan berikutan air semakin surut di beberapa kawasan di negeri ini pagi ini. - UTUSAN ONLINE