Kesemua penduduk itu merupakan mangsa banjir yang ditempatkan sementara di Surau Ladang Tuan Mee sejak malam kelmarin selepas kediaman mereka dinaiki air setinggi 1.2 meter akibat hujan lebat berterusan termasuk kejadian tebing sungai runtuh yang menyebabkan limpahan air sungai memasuki kawasan kampung berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah Kuala Selangor, Shamsul Shahril Badliza Mohd. Noor berkata, kesemua penduduk berkenaan mula pulang ke kediaman mereka sejak awal pagi ini sebelum pusat pemindahan sementara di Surau Ladang Tuan Mee di sini ditutup pada pukul 10.30 pagi ini.

“Penutupan pusat pemindahan ini dibuat selepas kita dapati situasi banjir di Kampung Seri Sentosa kembali pulih. Namun, kita akan teruskan pemantauan di kampung berkenaan termasuklah di kawasan-kawasan lain di daerah ini sekiranya berlaku kejadian banjir,” katanya di sini hari ini.

Pada masa sama, Shamsul Badliza turut menyatakan penghargaan terhadap agensi-agensi kerajaan yang membantu dalam operasi pemindahan mangsa banjir di Kampung Seri Sentosa baru-baru ini. - UTUSAN ONLINE