Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, pusat pemindahan yabg dibuka itu membabitkan daerah ini dan Muar. 


“Pusat pemindahan sementara di Balai Raya Kampung Seberang Gajah, Muar menempatkan lapan mangsa daripada dua keluarga. 


“Sementara pusat pemindahan sementara di Balai Raya Kampung Tuah Jaya, Johor Bahru menempatkan seramai 183 mangsa daripada 33 keluarga,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE