Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri, Datuk Ayub Rahmat dalam satu kenyataan berkata, banjir berlaku akibat limpahan air Sungai Muar berikutan hujan sejak dua hari lalu.

"Kesemua mangsa yang dipindahkan hari ini terdiri daripada enam lelaki dewasa, tujuh wanita dewasa, dua kanak-kanak lelaki dan masing-masing seorang warga emas lelaki dan wanita.

"Paras air Sungai Muar di Buluh Kasap hingga pukul empat petang tadi berada pada paras berjaga-jaga iaitu 8.73 meter sementara paras bahaya adalah 9.14 meter," katanya dalam satu

kenyataan, di sini hari ini.

Setakat ini katanya, hanya satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah ini selepas dua PPS yang menempatkan 17 mangsa daripada enam keluarga ditutup semalam.

Menurutnya, sebelum ini dua pusat pemindahan yang dibuka pada 5 Januari adalah di Sekolah Kebangsaan Balai Badang dan Sekolah Agama Kuala Paya.

"Setakat pukul 8 malam keadaan cuaca masih hujan dengan sekali sekala hujan lebat sekejap- sekejap dan pemantauan diteruskan oleh agensi terlibat.

\"Antara agensi terlibat adalah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, polis, bomba, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pejabat Daerah Segamat, Rela dan Pejabat Kesihatan Segamat," katanya. - UTUSAN ONLINE