Ketua Polis Daerah SPT, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Hamid berkata, kesemua mangsa berkenaan melibatkan 450 keluarga yang ditempatkan di 14 buah pusat pemindahan.

Ujarnya, kawasan paling teruk terjejas ialah di Juru apabila seramai 484 mangsa daripada 119 keluarga masih ditempatkan di Dewan Perkampungan Juru sehingga kini.

“Selain itu, seramai 230 orang mangsa kini berada di Dewan Orang Ramai Kampung Kota manakala 100 orang di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Permatang Tinggi,” katanya di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE