Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Senawang, Pegawai Bomba Kanan II Amer Abu Kassim berkata, mangsa Abdul Saiyuti Arif Abdul Aziz, 37, dari Endau, Johor yang dalam perjalanan ke arah Kuala Pilah, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di anggota badan.

"Bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.45 petang dan bergegas ke lokasi kejadian bersama sebuah jentera dan sembilan anggota.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, kami mendapati mangsa yang memandu Honda Civic, tersepit di tempat duduk pemandu dan bomba mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengeluarkan mangsa manakala seorang lagi mangsa yang memandu Honda Accord iaitu lelaki berusia 50-an hanya mengalami cedera ringan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Amer berkata, turut ditemui bersama Ahmad Saiyuti adalah kad jemputan perkahwinan, al-Quran dan beberapa barangan perkahwinan. - UTUSAN ONLINE