Daripada jumlah itu, sebanyak 19 orang disahkan maut di Selangor manakala empat lagi di ibu negara.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, mangsa yang maut di negeri ini terdiri daripada sembilan warga Myanmar, Nepal (5), Bangladesh (2), warga tempatan (1) India (1), dan identiti tidak dikenal pasti (1).

"Selain itu, 17 individu lagi masih menerima rawatan manakala 20 lagi telah dibenarkan pulang oleh pihak hospital," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim pula memberitahu, empat mangsa yang maut di ibu negara terdiri daripada dua warga tempatan dan dua Myanmar. - UTUSAN ONLINE