Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

APM tangkap ular sawa seberat 15 kilogram

ULAR 2
Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menunjukkan ular sawa batik yang berjaya ditangkap di sebuah rumah di Kampung Semadong di Kangar, Perlis, semalam. - UTUSAN ONLINE

KANGAR 18 April - Kecekapan anggota pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) daerah ini, berjaya menangkap seekor ular sawa batik sepanjang tiga meter di sebuah rumah di Kampung Semadong di sini, semalam.

Dalam kejadian pukul 11.30 pagi itu, ular seberat 15 kilogram tersebut tersangkut pada serawan pukat yang terdapat di sebuah reban ayam milik tuan rumah, Mohd. Razi Ishak.

Menurut jurucakap APM daerah, pusat kawalan menerima panggilan kecemasan berhubung kes penemuan ular sawa dan tiba di lokasi kejadian tidak lama selepas itu.

“Seramai empat anggota yang diketuai oleh pegawai, Azizah Md. Zain, mengambil masa selama 20 minit sebelum berjaya melepaskan ular berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut jurucakap itu, haiwan berkenaan telah dihantar ke Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) negeri untuk tindakan selanjutnya. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain