SHAHIDAN KASSIM
SHAHIDAN KASSIM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menjadi agensi pertama yang menggunakan khidmat 1,000 anggota APM untuk membantu anggota penguat kuasanya.

"APM turut bersedia untuk menawarkan kira-kira 10,000 anggota kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Jabatan Perhutanan pada tahun hadapan," katanya kepada Bernama semasa ditemui pada majlis Apresiasi JASA Parlimen Arau di sini malam tadi.

Shahidan berkata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada dasarnya turut bersetuju supaya anggota APM membantu pasukan peronda kawasan sempadan dalam usaha meningkatkan tahap keselamatan di sempadan.

Beliau berkata APM juga bersediakan menawarkan khidmat anggota sukarelanya kepada kerajaan negeri.

Shahidan berkata beliau akan mencadangkan agar APM turut membantu kerja kebajikan yang dilaksanakan oleh JASA iaitu sebuah agensi Kementerian Komunikasi dan Multimedia. - BERNAMA