Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Muda, Kapten (PA) Azahar Ahmad berkata, pemantauan oleh 10 anggotanya itu adalah sebagai langkah berjaga-jaga.

Katanya, apatah lagi kawasan tersebut pernah dilanda tsunami pada 2004.

"Pemantauan dilakukan menerusi menara pemantau. Saya dengan dibantu oleh Timbalan Pegawai APM Daerah Kuala Muda, Leftenan (PA) Zakiyah Md. Akhir sama-sama turun padang membuat pemantauan setelah mengesan ombak luar biasa di kawasan ini," katanya ketika ditemui.

Azahar menambah, pihaknya berpuas hati dengan kerjasama diberikan oleh pelbagai agensi kerajaan yang bersama-sama melakukan pemantauan berkenaan. - UTUSAN ONLINE