Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 malam itu, mangsa, Shahridan Hassan, 25, mengalami kecederaan parah di kepala.


Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintenden Alexson Naga Chabu berkata, mangsa berasal dari Rawang, Selangor dikatakan sedang dalam perjalanan dari arah Batu Malang menuju ke Dewan felda Sampadi.


“Sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal jenis Yamaha 125 ditunggangnya dipercayai hilang kawalan lalu merempuh dinding besi jambatan itu.


“Mangsa telah disahkan meninggal dunia ditempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Tambahnya, ketika kejadian keadaan cuaca baik namun gelap berikutan tiada lampu jalan.


“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya.-UTUSAN ONLINE-