Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Anggota tentera maut kemalangan

Seorang tentera berpangkat kolonel maut manakala seorang lagi
Seorang anggota tentera berpangkat kolonel maut manakala seorang lagi pemandu cedera parah selepas kedua-dua mereka terlibat dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 15.7 arah utara Lebuh Raya Baharu Lembah Klang (NKVE) di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

KUALA LUMPUR 15 Julai - Seorang tentera berpangkat kolonel maut manakala seorang lagi parah selepas kedua-dua kereta dipandu mereka terlibat dalam kemalangan di Kilometer 15.7 arah utara Lebuh Raya Baharu Lembah Klang (NKVE) di sini hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintenden Kamaludin Mohamad berkata, dalam kejadian pada pukul 4.45 pagi itu, Kolonel Azman Abd. Rashid yang bertugas di Kem Mempaga, Bentong, Pahang memandu kereta Honda.

“Kereta dipandu mangsa terlibat dalam satu kemalangan bersama seorang ejen insurans, Lew Jiun Hou, 25, yang memandu kereta Mercedes-Benz. Akibat kemalangan itu, Jiun Hou cedera parah namun dilaporkan dalam keadaan stabil.

“Mayat mangsa telah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk proses bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Kamaludin, punca kemalangan masih dalam siasatan dan orang awam yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian itu diminta menyalurkan maklumat kepada pihak polis atau di balai polis berhampiran.-UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain