Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak, Deputi Superintenden Bingkok John berkata, kejadian pukul 8.30 pagi itu mengakibatkan Dicky Glen Tony, 22, maut ditempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

“Kemalangan berlaku apabila mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 dari arah Tebedu hilang kawalan lalu terjatuh ke laluan bertentangan.

“Sebuah lori yang berada di laluan bertentangan tidak sempat mengelak lalu melanggar mangsa,” katanya ketika dihubungi di sini, pagi ini.

Katanya, mayat mangsa telah dibawa ke hospital untuk dibedah siasat dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - UTUSAN ONLINE