Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohd. Taufik Maidin berkata, mangsa Mohd. Saifuddin Abdullah, 31, patah tulang bahu sebelah kanan dalam kemalangan pukul 10.10 malam.

Katanya, ketika kejadian mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Agropolitan Rantau Manis, di sini selepas selesai bertugas di Balai Polis Bertam.
  
"Sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa melanggar seekor babi yang tiba-tiba melintas jalan.

"Mangsa tidak sempat mengelak lalu terlanggar khinzir tersebut dan terbabas ke arah kanan jalan. Mangsa mengalami patah tulang bahu dan berlaku kerosakan pada bahagian hadapan motosikalnya," katanya.

Tambah Mohd. Taufik, mangsa dihantar ke Hospital Gua Musang untuk rawatan lanjut dan dilaporkan stabil. –UTUSAN ONLINE