Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff berkata, mangsa berumur 25 tahun yang turut patah tulang tengkuk semasa kejadian pada pukul 7.50 pagi itu dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bandar Baru Bangi selepas selesai bertugas.

Menurutnya, setibanya di tempat kejadian, motosikal ditunggang anggota polis berpangkat Konstabel dari Cawangan Narkotik Ibu pejabat Daerah (IPD) Cheras itu hilang kawalan sebelum melanggar bahagian belakang sebuah motosikal dari arah yang sama.

“Akibat kemalangan itu mangsa terbabas ke kiri jalan dan merempuh besi tembok penghadang jalan. Mangsa mengalami kecederaan putus tangan kiri dan telah dibawa ke Hospital Serdang untuk menerima rawatan lanjut dan kini dalam keadaan stabil.

“Sementara itu, seorang lagi mangsa iaitu penyelia berumur 47 mengalami cedera ringan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah Ahmad Dzaffir, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987. - UTUSAN ONLINE

habis.