Ketua Polis daerah, Deputi Superintenden Kamarul Rizal Jenal berkata, mangsa, Fakhruddin Lokman, 24, yang berasal dari Kampung Sungai Buloh, Durian Tipus di sini meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya, pemandu lori berusia 35 tahun bagaimanapun tidak mengalami kecederaan dalam kemalangan kira-kira pukul 1.35 petang.

"Hasil siasatan awal polis mendapati mangsa yang memandu kereta jenis Proton Waja memandu dari arah Simpang Pertang menghala ke Seremban. Sampai di tempat kejadian, dia dipercayai hilang kawalan dan memasuki ke laluan bertentangan lalu melanggar lori yang datang dari arah bertentangan.

"Perlanggaran yang kuat telah mengakibatkan kereta Proton Waja itu terperosok ke bawah lori dan mangsa meninggal dunia," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, mayat mangsa telah di bawa ke Hospital Jelebu dan dituntut oleh warisnya selepas selesai bedah siasat.

Kamarul Rizal memberitahu, ketika kejadian, cuaca adalah baik dengan keadaan jalan kering serta pergerakan lalu lintas tidak sibuk pada waktu itu. - UTUSAN ONLINE