Dalam kejadian kira-kira pukul 3.15 petang itu, mangsa Nor Azmi Che Ros, 50-an meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah.

Mangsa yang bertugas di Pejabat Polis Bantuan Felda Zon Serting dikatakan dalam perjalanan dari Seremban menuju ke rumahnya di Taman Sri Serting di sini dengan memandu kereta Proton Saga FLX.

Menurut saksi, apabila tiba di lokasi kejadian, kereta mangsa dikatakan berlanggar dengan sebuah kereta jenis Proton Saga BLM menyebabkan Nor Azmi mengalami cedera parah dan disahkan meninggal dunia. - UTUSAN ONLINE