Dalam kejadian pada pukul 9.05 malam itu, anggota polis berkenana,  G. Kumaran, 34, maut ditempat kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Muhammad Hanif Othman berkata, kejadian berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal jenis RZX dan seorang lagi penunggang motosikal jenis Honda EX-5 dari arah Ayer Tawar menghala ke Sitiawan.

Katanya, kemalangan berlaku apabila sebuah kereta datang dari arah bertentangan tiba-tiba memasuki laluan kedua-dua penunggang motosikal tersebut.

"Akibat jarak kereta yang terlalu dekat, kedua-dua penunggang motosikal tidak  sempat mengelak lalu di langgar oleh kereta tersebut. Pemandu kereta yang melanggar mangsa dipercayai melarikan dari tempat kejadian selepas kemalangan.

“Akibat perlanggaran itu, anggota polis berkenaan maut manakala lelaki yang menunggang motosikal Honda EX cedera parah dan dihantar ke Hospital Seri Manjung 
untuk rawatan lanjut,” katanya.

Menurutnya, siasatan masih dijalankan untuk mengesan kereta yang melanggar mangsa dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Sekiranya terdapat saksi bebas yang melihat kejadian ini, mereka diminta segera maklumkan kepada balai polis berdekatan," katanya. - UTUSAN ONLINE