NOOR AZAM JAMALUDIN
NOOR AZAM JAMALUDIN

Dalam kejadian pukul 10.10 pagi itu, mangsa, Cyril Quing, 35, terkena tembakan di dada kanan dan disahkan meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Rembau.

Ketua Polis negeri, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, mangsa yang berasal dari Tenom, Sabah bersama 16 anggota Perhilitan dari Seremban, Jempol dan Gemas terlibat dalam operasi yang bermula pada pukul 8.30 pagi.

Katanya, selepas mendengar taklimat penggunaan senjata api, mereka bergerak ke kawasan operasi yang terletak di belakang masjid kampung tersebut.

“Bagaimanapun, mangsa tiba-tiba mengadu dia terkena tembakan di bahagian bahu kanan dan berlari ke arah kenderaan dan beberapa anggota lain.

“Lelaki itu telah dibawa ke klinik kesihatan dan disahkan meninggal dunia pada pukul 10.30 pagi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Noor Azam berkata, susulan kejadian itu, polis menahan 16 anggota Perhilitan untuk siasatan lanjut dan merampas 16 pucuk senjata api yang digunakan dalam operasi tersebut. - UTUSAN ONLINE