Isterinya, Syamsherra Mat Nasir, 30, kini sedang mengandung tiga bulan.

Syamsherra yang ditemui di rumah mertuanya di Kampung Sungai Tapang, di sini berkata, dia mengetahui kemalangan yang menimpa arwah suaminya itu selepas dihubungi adik ipar yang berada di Kuantan, Pahang.

Menurutnya, selepas dimaklumkan kemalangan itu dia terus bergegas ke Klinik Kesihatan Pengkalan Kubor, namun suaminya perlu dirujuk ke Hospital Tumpat.

"Ketika di klinik, keadaannya stabil selepas bantuan Pernafasan Resutasi Kardiopulmonari (CPR) tetapi degupan jantungnya terhenti ketika berada di Hospital Tumpat.

"Saya reda apabila doktor memberitahu suami saya sudah tiada dan menerima takdir itu apabila dia meninggalkan saya ketika mengandung anaknya tiga bulan," katanya.

Jenazah arwah selamat dikebumikan di  Tanah Perkuburan Islam Neting selepas solat Asar, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi itu, mangsa yang dalam perjalan ke tempat kerja di Pengkalan Kubor maut selepas motosikal yang ditungganginya bertembung dengan sebuah kereta jenis Toyota.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Tumpat, Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintanden Ab. Rashid Mat Daud mengesahkan kejadian tersebut. - UTUSAN ONLINE