Pengarah JPJ negeri, Mohammad Abdullah berkata, kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi itu berlaku ketika anggota berkenaan cuba menahan sebuah motosikal ditunggang seorang lelaki berusia 20-an yang cuba melarikan diri daripada sekatan jalan.

“Anggota terlibat tercampak ke tengah jalan akibat dilanggar penunggang motosikal jenis Yamaha 125 Z tersebut dan mengalami luka di kaki serta tangan.

“Dia dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh dan penunggang motosikal telah ditahan,” katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE