Noramirul Ashraf Rahma
 

Kejadian berlaku kira-ki­­ra pukul 10­ pa­gi ketika ­­ Norami­rul Ash­raf Rahma (gambar), 27, me­­redah la­­ut untuk men­­­da­­pat­kan pe­­­­­nutup kotak tempat men­yim­pan­ ikan miliknya yang hanyut.

Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson, Deputi Superintenden Zainudin Ahmad berkata, anggota polis itu yang masih bujang memancing di kawasan itu bersama dua rakan sekerja yang berusia 40 dan 28 tahun.

“Mereka yang bercuti tiba di sini pada pukul 9 malam semalam dan berjalan kaki meredah air untuk ke pulau tersebut.

“Walau bagai­manapun, kira-kira pukul 10 pagi ini mangsa dikatakan cuba mengambil penutup kotak tem­­pat menyim­pan ikan yang hanyut­, ma­lang­nya dia teng­gelam dibawa arus,” katanya di sini hari ini.

Zainudin ber­kata, rakan mang­sa cuba menye­lamatkannya, na­mun gagal.

Menurutnya, mayat mangsa di­temukan oleh pasukan operasi mencari dan menyelamat pada pukul 12.30 tengah hari.

“Jenazahnya dijangka di­kebumikan di Lubok Cina, Melaka dan kes itu dikategorikan sebagai mati mengejut,” katanya.