Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Anak saya sempat pulang

KUALA LUMPUR 13 Sept.- Salah seorang pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang terselamat dalam kebakaran di Jalan Keramat Ujung di sini awal pagi ini sempat pulang ke rumahnya semalam.

Azman Endan
Azman Endan

Bapa pelajar tersebut, Azman Endan, 40, berkata, anaknya, Muhammad Ashraf,11, sepatutnya berada di asrama terbabit namun dibawa pulang olehnya selepas anaknya itu mengadu mengalami alahan kulit.

“Setiap minggu, saya pasti akan melawat anak saya di pusat tahfiz tersebut namun petang semalam ketika berjumpa dengan Ashraf, dia mengadu mengalami gatal-gatal kulit.

“Berikutan itu, saya terus berjumpa Ustaz Yusof salah seorang warden asrama yang turut terkorban untuk membawa pulang anak saya bagi mendapatkan rawatan,” katanya ketika ditemui di sini.

Tambah Azman, dia hanya mengetahui mengenai kejadian selepas dimaklumkan menerusi aplikasi WhatsApp oleh salah seorang ibu pelajar yang terkorban dalam kejadian itu.

“Sebaik sahaja saya mengetahui mengenai kejadian, tanpa berlengah saya bersama seorang lagi bapa salah seorang pelajar yang terkorban terus ke lokasi kejadian,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain