Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Anak Exco Kedah, rakan maut kemalangan

Kemalangan
AMINUDDIN OMAR tidak dapat menahan sebak melihat jenazah anaknya, Irfan sebaik tiba di lokasi kemalangan di Kilometer 12.7 Lebuh Raya Changlun dekat Kampung Bendang Perang Kubang Pasu hari ini.-Foto/Media sosial

KUBANG PASU 12 Ogos - Anak Exco, Datuk Aminuddin Omar dan seorang rakannya maut setelah pikap dinaiki mereka terbabas sebelum merempuh pokok di Kilometer 12.7 Lebuh Raya Changlun di Kampung Bendang Perang di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, mangsa, Irfan Aminudin, 20, dari Taman Tunku Sarina Jitra di sini dan rakannya, Wan Khuzairi Wan Cik, 27, dari Kampung Padang Terap meninggal dunia di tempat kejadian akibat tersepit pada kenderaan berkenaan.

Keadaan kenderaan yang dinaiki mangsa.

Keadaan kenderaan yang dinaiki mangsa.

Menurut Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Penguasa Bomba Mohamad Mustakim Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.30 petang berhubung kejadian.

"Setiba di lokasi kejadian didapati dua lelaki tersepit dalam kenderaan pikap jenis Toyota Hilux yang dipercayai terbabas dan  melanggar pokok di lebuh raya tersebut.

"Kedua-duanya berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba namun disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan," katanya di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain